Alhamdulillah and praise be to The Almighty .
Aku bersyukur sangat harini sebab Tuhan hadirkan mereka semua untuk bantu aku sepanjang mengendalikan Haflah (graduasi) Ramadhan Camp untuk sesi 2017.
Tanpa mereka semua mungkin aku dah tersadai umpama bot yang kehabisan minyak lalu tersadai di tengah laut . senang cerita "like a boat floating in the ocean with no ways and destinations." bukan mudah nak handle budak -budak kecil , lagi-lagi mereka berlainan bangsa .
Language barrier tu biasa bila berkomunikasi dengan mereka .
Cuba bayangkan kalau mereka dah mula tunjukkan tantrum mereka .
Kau cakaplah apapun diorang ni memang tak makan saman .
Berbuih mulut ni membebel . Kadang-kadang dah rasa macam mak nenek kuat membebel .
Hari-hari ulang tayang skrip yang sama "jangan buat bising di tangga", "hormat Miss", "hormat Ustaz", "hormat jiran".
"jangan disangka air yang tenang tiada buaya" inilah peribahasa yang sesuai kot .
Kalau kau marah 5 minit je pon boleh senyap , lepastu dah riuh sekampung .
Mungkin aku sendiri yang tak reti nak kawal mereka .
Gaduh , nangis dan mengadu .
Ini biasa . Setiap hari ulang tayang drama yang sama .
Yang berbeza cuma orangnya.
Pernah . Mungkin beberapa kali . Tak terhitung dengan jari .
Aku pulang duduk dan menangis sendiri .
Kenapa ?
Kerana setiap kali aku pulang dari Markaz (kelas anak-anak Syria) aku bawa pulang banyak cerita .
Bukan cerita biasa-biasa tapi cerita yang sangat luar biasa .
Anak-anak ini pernah lalui pelbagai keperitan hidup sebelum berhijrah ke Jordan .
Ada yang pernah minum air hujan , air takungan dan entah apa lagi .
Pastinya dari sumber yang tidak bersih.
Terputus bekalan makanan beberapa hari disebabkan sekatan di sempadan .
Zalim .
Kejam.
Aku cuma tahu beri contoh anak-anak di Somalia mahupun Afrika untuk latih mereka bersyukur dengan setiap pemberian kerana di luar sana masih ada insan yang belum mendapat sebarang bantuan.
Tapi kadang-kadang ada di antara mereka yang berkata "itu biasa Miss" .
Mereka itu yang pernah melalui kehidupan itu .
Tapi jauh di sudut hati aku takut jika mereka naik kepala sebab terlampau dimanjakan dengan bantuan.
Aku tak kata salah memberi bantuan , lagi-lagi mereka sangat memerlukan.
Aku sendiri tak pernah rasai kesusahan seperit mereka .
Cuma saranan aku kita perlu sama-sama berganding bahu .
Saling bantu-mambantu antara satu sama lain.
Saling bertukar pendapat dan bukannya meletakkan banyak syarat "kau perlu patuhi itu dan ini" tanpa berbincang .
Tak terhitung budi pihak-pihak yang banyak memberi sumbangan buat mereka .
Dari segi financial terutamanya .
Melalui sumbangan itu kami di TFTN cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik demi masa depan mereka .
Mereka ini bercita-cita tinggi. Ada yang mahu jadi doktor gigi , juruterbang dan guru.
Malah ada yang bercita-cita untuk menghafal kesemua surah di dalam kitab suci Al-Quran .
Mudirah (pengetua) Hidayu Hatta .
Tegas , cekal dan dedikasi .
Dalam garangnya ada kelembutan yang tersembunyi .
Umpama ibu kepada anak-anak .
Dia muda setahun dariku tapi banyak yang aku belajar darinya.
Volunteers .
Mereka ini antara penyumbang terbesar kejayaan di TFTN.
Sanggup tak balik raya mahupun travel walaupun sebenarnya ada yang masih dalam cuti semester .
Sanggup commit sepanjang cuti semester , datang setiap kali kelas walaupun cuaca panas membahang .
Bulan Ramadhan pulak tu .
Kau fahamlah panasnya macam mana .
Hanya Tuhan yang mampu membalas baik budi setiap satu dari kalian semua .
Aku sendiri banyak belajar dari kalian .
Inilah the power of "cooperation" .
Semoga anak-anak ini semua menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara .
Tak lupa , jadi manusia yang beradab dan berakhlak .
Ini yang paling utama .
Jujur .
Pengalaman ini merupakan hadiah graduasi termahal yang takkan mungkin aku lupa sampai bila-bila.
Terima kasih kerana mempercayai aku sebagai Manager Haflah (graduasi) Ramadhan Camp untuk sesi 2017.
28 June 2017 : Rabu
Markaz TFTN for Syria
#TFTNforSyria

| Adorable kids |
| Volunteers |
28 June 2017 : Rabu
Markaz TFTN for Syria
#TFTNforSyria